Sunday, 12 May 2013

TERKINI!!! UMMU JAH NAIK MAS AKAN TIBA DI KLIA ISNIN

AKU POST APA SAJA, DAN ENGKAU BOLEH KATA APA SAJA. AKU POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN ENGKAU BOLEH KATA LAGI APA YANG ENGKAU SUKA. KEMUDIAN AKU AKAN POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN AKU TAK BENARKAN ENGKAU KATA APA YANG ENGKAU SUKA, HANYA APA YANG AKU SUKA ENGKAU KATA AKAN AKU BENARKAN. SEBAB INI BLOG AKU...



Berita gembira buat jemaah GISB.

Aku baru dapat maklumat dari Arab Saudi bahawa Ummu Jah akan menaiki pesawat MAS MH151 pukul 9 malam ini (Ahad) dijadual tiba di KLIA 11.30 pagi Isnin (13/5/13). Ini bermakna Ummu Jah dibebaskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi daripada sebarang tuduhan mengamalkan ajaran sesat, sebaliknya dia dihantar pulang kerana tinggal melebihi had ditetapkan.

Jadi tidak ada dakwaan kata ajaran sesat. Laporan akhbar seperti di bawah ini juga tidak tepat. Mungkin wartawan akhbar ini hanya petik daripada blog aku iaitu kali pertama aku tulis mengenai jemaah GISB yang kena tangkap di Arab Saudi baru2 ni.


Antara yang aku tulis ialah:
Jika mengikut laporan yang disiarkan dari Arab Saudi, pihak berkuasa negara itu menangkap seorang jutawan wanita Malaysia di Makkah, semalam, atas tuduhan mengamalkan dan menjadi pemimpin kepada satu ajaran sesat. Ajaran sesat ialah amalan dalam Islam yang dianggap menyimpang dan tidak boleh diamalkan, terutama di Arab Saudi yang mengamalkan undang2 hudud dan qisas. Dan sesiapa yang ditangkap kerana mengamalkan atau menjadi pemimpin ajaran sesat di Arab Saudi, hukumannya adalah PANCUNG. Ada beberapa kesalahan jenayah yang membolehkan hukuman mati di Arab Saudi. Antaranya berzina, murtad, kufur, penyeludupan dadah, HOMOSEKS, menyembah berhala, membunuh, pelacuran, rogol, menghasut menentang kerajaan, keganasan, mencuri (kesalahan kali keempat) dan mengamalkan sihir. Jadi di manakah diletakkan kategori ajaran sesat? Ia boleh dimasukkan dalam kategori murtad atau kufur yang boleh dihukum mati melalui PANCUNG. Tetapi, orang yang dituduh akan diberi peluang dan dibebaskan jika bertaubat dalam tempoh tiga hari. OLEH ITU, ADAKAH JUTAWAN MALAYSIA BERKENAAN AKAN BERDEPAN HUKUMAN MATI?
Klik gambar untuk ulang baca

So, hari Isnin ini kita akan dapat lihat samada Jakim dan Jais akan tangkap pula Ummu Jah. Tapi aku rasa bukan perkataan 'tangkat' atau 'tahan' yang boleh digunakan, tetapi perkataan yang sesuai ialah 'dibawa untuk soal siasat'. Tapi, biasa lah, akhbar dan media nak melariskan paper mereka maka diletakkan perkataan 'TANGKAP' atau 'TAHAN', sedangkan perkataan 'tangkap' atau 'tahan' itu lebih menjurus kepada pelakuan jenayah.

Dibawa untuk soal siasat adalah lebih sesuai, sebab selepas beberapa jam orang yang disoal siasat itu akan dibebaskan. Malah tiada tuduhan pun yang dikenakan.

Tapi aku hairan "APA YANG HANGPA DOK DENGKEY SANGAT DENGAN JEMAAH GISB NIH DAN PEMIMPIN2 MEREKA". Depa meniaga pun hampa nak kacau. Mangkuk ayun betoi la hangpa nih.

Ooooo..lupa lagi aku nak bagitau korang, hanya Ummu Jah saja yang akan naik pesawat MAS, manakala tiga lagi pun dibebaskan pada waktu yang sama tetapi akan naik penerbangan Arab Saudi. Sebab2nya aku pun tak tahu. Mungkin 'Srikandi dan Bidadari' pun akan sampai di KLIA juga?

Apapun aku awal2 ucap 'Selamat kembali ke Malaysia Ya Ummu Jah'.

Usah gudah gulana sebab ramai yang akan membela Ummu Jah. Aku pun tahu Ummu Jah tak buat salah apa2, tetapi sebab ada hati2 yang busuk dan dengki dengan kejayaan GISB, maka usaha dilakukan untuk memusnahkan jemaah mereka. Dalam Malaysia nie, hanya Al-Arqam, Rufaqa dan kini GISB yang boleh mengajar Cina kafir dalam ekonomi.

Wahai rakyat Malaysia, lihat bagaimana Al-Arqam, Rufaqa dan kini GISB berdikari dan menjalankan sistem ekonomi Islam. Contohi lah mereka. Itu saja seruan yang mampu aku buat.

Mudah2an aku berpeluang bertemu Ummu Jah. Tapi bukan Isnin ini di KLIA. Hari lain la.

29 comments:

  1. Jadi pemerhati dari jauh cukup la... hati pun jadi happy... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439

      Delete
  2. RATU TANPA MAHKOTA Siri 1
    RAMALAN TENTANG SATRIA PININGIT DAN RATU TANPA MAHKOTA

    http://suaraharamain313.blogspot.com/2012/10/ratu-tanpa-mahkota-siri-1.html?m=1

    Terdapat dua tokoh pemimpin dari Pulau Jawa yang menulis tentang gambaran masa depan Nusantara. Kedua-duanya menulis tentang munculnya Satria Piningit yang akan menyelamatkan Nusantara. Oleh kerana mereka menyebutkan sesuatu yang belum terjadi, maka kenyataan mereka itu dinamakan  ‘jangka’ atau ramalan. Ramalan-ramalan itu dibukukan dalam ‘serat’ atau kitab.

    1. Ramalan Jayabaya dalam Kitab Musarar

    Maharaja Jayabhaya adalah raja Kadiri yang memerintah sekitar tahun 1135-1157 M. Pada masa itu khilafah Islam diperintah oleh empayar Abbasiyah Seljuk yang berpusat di Damaskus. Prabu Jayabaya adalah tokoh yang identik dengan ramalan masa depan Nusantara. Terdapat beberapa naskah yang berisi “Ramalan Jayabaya”, antara lain Serat Jayabaya Musarar,  Serat Pranitiwakya, dan lain sebagainya.

    Dikisahkan dalam Serat Jayabaya berjudul Musarar, pada suatu hari Jayabaya berguru pada seorang ulama bernama Maolana Ngali Samsujen (Maulana Ali Samsudin) yang dalam kitab itu disebut berasal dari ‘nagari Rum’. Nagari Rum yang dimaksudkan ialah Damaskus yang merupakan bekas pusat pemerintahan empayar Rom. Dari ulama tersebut, Jayabaya mendapat gambaran tentang keadaan Pulau Jawa sejak zaman Aji Saka (zaman Jawa mula bertamadun) sehinggalah hari Kiamat. 


    Nama kitab MUSARAR mungkin berasal dari bahasa Arab, Musirrun yang bererti menyimpan rahsia. Dalam kitab itu juga disebut riyal (mata wang empayar Islam) iaitu dalam ayat yang menggambarkan suasana zaman kezaliman sebelum zahirnya Satria Piningit: “akeh manungsa ngutamkake reyal, lali sanak lali kadang” (banyak manusia mengutamakan riyal, lupa sanak saudara).

    Dari nama guru, nama kitab dan kandungan kitab tersebut dapat diketahui  bahawa Raja Jayabaya berguru kepada ulama Islam yang berbahasa Arab berasal dari Damaskus. Naskah kitab tersebut ditulis pada zaman berkembangnya Islam di Pulau Jawa. Sangat munasabah bahawa Maulana Ali Samsudin adalah ulama dari pusat empayar Islam di Damaskus yang datang ke Nusantara untuk membuktikan sabda Rasulullah tentang jadual Allah bahawa Islam akan bangkit dari Timur oleh Pemuda Bani Tamim. Dia mencari pemuda (satria) itu atau  mempersiapkan tapak bagi kezahiran pemuda itu.  
    Maka ilmu dan berita tentang pemuda itu diajarkan atau diwariskan kepada muridnya iaitu Raja Jayabaya.   Tidak mustahil juga bahawa Jayabaya telah memeluk Islam kerana Islam sebenarnya telah mula masuk ke Pulau Jawa sejak zaman Khalifah Usman Ibn Affan r.a. pada abad pertama Hijriah (644-658 M).

    2. Ramalan Ranggawarsita dalam kitab Kalatidha

    Ranggawarsita ialah tokoh pujangga besar yang juga ahli ramalan dari Surakarta yang sering disebut sebagai penulis naskah-naskah Ramalan Jayabaya.  Tulisan beliau menyempurnakan ramalan Jayabaya. 

    ReplyDelete
  3. Hanya dia sahaja yang dapat menerangkan tentang ramalan Jayabaya ini. Ertinya hanya dia yang faham jadual Allah kerana dia adalah pemimpin yang dilantik oleh Allah dan Rasul, pemilik dan pelaksana jadual Allah itu. Ada manusia yang tidak dapat bertemu dengan Satria ini, namun ada juga yang menunggu tapi tidak bertemu kerana belum tiba masa zahirnya. 
    Satria itu masih tersembunyi (piningit :/GHAIB) tapi memakai lambang / WAKIL iaitu

    RATU TANPA MAHKOTA( Bunda Ummu Jah) . Orang dapat mengenalinya dari lambang ini. Ratu tanpa mahkota adalah isteri raja tapi tidak memakai mahkota. Dalam bait sebelumnya Satria Piningit disebut Prabu atau Raja. Jadi istilah Ratu disini merujuk kepada isteri kepada raja atau Satria Piningit tersebut. Maknanya, sebelum kemunculan Satria Piningit, dia menunjukkan tanda atau lambang iaitu isterinya. Tanpa mahkota bermaksud bukan ratu seperti kebanyakan  isteri raja yang ada kerajaan dan memakai mahkota. Kerana gelaran prabu atau raja kepada Satria Piningit ini bukan bererti raja biasa, tetapi pemimpin yang berwibawa dan berkuasa.
    4. Iki dalan kanggo sing eling lan waspada ing zaman kalabendu Jawa. Aja nglarang dalem ngleluri wong apengawak dewa. Cures ludhes saka braja jelma kumara. Aja-aja kleru pandhita samusana. Larinen pandhita asenjata trisula wedha iku. Hiya pinaringaning dewa.
    Tafsiran:
    Inilah jalan bagi yang ingat dan waspada pada zaman kalabendu (kezaliman) Jawa (Nusantara). Jangan melarang kami berbaiah kepada satria wakil berwatak malaikat ini. Yang menghalang akan kalah  seluruh keluarga. Jangan keliru mencari utusan Tuhan ini. Carilah satria bersifat pendeta (rahib/abid) yang  mempunyai senjata trisula wedha.  Itulah pemberian Tuhan.
    Bait ini menceritakan senjata ampuh Satria Piningit, iaitu trisula wedha. Trisula Wedha ialah sejenis senjata dalam pewayangan jawa serupa tombak yang bermata tiga. Penafsirannya ialah Satria Piningit mempunyai senjata yang terdiri dari tiga asas.  Yang dimaksudkan ialah: zikir agung (Aurad Muhammadiyah), ayat khadam dan ayat pencak. Itulah senjata yang dibekalkan oleh Rasulullah dan Imam Mahdi.
    Sekian,
    Wallahu a’lam

    ReplyDelete
  4. http://www.owclondon.co.uk/wp-content/uploads/2013/02/Ibuku-Khadijah.mp3

    http://matahati313.blogspot.com/2013/02/di-bangkok-wanita-luar-biasa-semua-oleh.html?m=1

    Tidak hairanlah Kerajaan Ajaib telah menciptakan seorang wanita luar biasa melalui Putra Bani Tamim. Gelaran sebagai Ratu Tanpa Mahkota telah disebut 900 tahun lalu oleh orang roh. Lalu di waktu ini, pembesar Saudi mulai akur dengan kehebatan wanita unggul akhir zaman. Mendapat jolokan malaikat dari langit, juga malaikat di bumi. Kekaguman mereka tidak mampu dibendung lagi bila mengangkat wanita luar biasa ini sebagai ibunya. Inilah yang terjadi kepada Syeikh Fahad, Syeikh Riyadh, salah seorang kerabat Diraja Saudi.

    Untuk membeli keyakinan keluarga maupun sekadar kerabat Diraja Saudi bukanlah mudah. Amerika sanggup berhabisan untuk membolehkan Saudi menjadi tunggangan mereka. Namun mereka masih terus khuatir kerana Haramain ada jaminan Tuhan terutama untuk akhir zaman.

    Oleh wanita ajaib di zaman ini, Bonda Ummu Jah AR model Islam ala Abuya telah dibangunkan dengan pesatnya di tengah-tengah negara yang ditadbir oleh kerajaan Wahabi yang sangat anti Imamul Mahdi. Maka kuasa apakah yang di belakang beliau kalau bukan oleh kuasa roh? Kuasa Kerajaan Ajaib yang dipimpin oleh Nabi Muhammad saw, Imamul Mahdi dan Putra Bani Tamim.

    Inilah dia kehebatan kebenaran di akhir zaman. Kerajaan Ajaib telah menciptakannya tanpa dapat diduga oleh sesiapa pun termasuk Yahudi sedangkan Yahudi sangat meneliti setiap inci bibit-bibit kebangkitan Islam akhir zaman.

    Bonda Ummu Jah AR telah dibuktikan mampu melepasi semua halangan-halangan semasa saat genting dan getir. Di saat-saat akan dihantar pulang ke Malaysia setelah lebih 2 tahun menggunakan visa Rasulullah di Haramain, didatangkan bantuan yang luar biasa. Bila ujiannya besar, maka bantuan juga lebih besar lagi. Begitulah sunnah perjuangan kebenaran.

    Dikeranakan kerinduan Bonda Ummu Jah AR kepada Baginda Rasul, juga kesungguhannya mengajak seluruh ahli setia GISB merindui Rasulullah saw selaku Nabi Roh, justeru oleh Kerajaan Ajaib dimuliakannya Bonda Wasilah untuk duduk ditempat yang penuh berkat, tempat diputerakan Baginda Rasul.   Sedangkan tempat tersebut hampir mustahil untuk dilawati oleh seorang lelaki biasa apatah lagi oleh seorang wanita. Ini bermakna, Bonda Wasilah AR bukan wanita biasa, ternyata beliau adalah wanita luar biasa.

    ReplyDelete
  5. Ibuku Khadijah

    (Bagaikan) Malaikat dari langit
    Dia juga di bumi
    Selaku malaikat
    Dia mengharap Allah menganugerahkan keselamatan
    Dan mengembangkan Islam
    Dan kecintaan kepada Allah dan Rasul
    Tidak pernah tidur di hatinya
    Begitulah kita saudaranya dan sepupunya
    Menyebarkan kasih sayang antara negara
    Dengan keamanan dan keimanan
    Dan kebaikan dan kata-kata
    Ummu Khadijah bagimu berkat dari langit
    Dan bagimu di bumi cinta dan kasih sayang serta anak-anak
    Kamu ibarat mutiara di laut
    Dan ibarat kebaikan dan haruman dan bunga
    Kamulah ibuku dan ibu keselamatan

    ( syair oleh Syeikh Fahad yang ditujukan kepada Bonda Ummu Jah AR )

    ReplyDelete
  6. الْحَمْدُ الِلَّـــهْ

    ReplyDelete
  7. Power gak info ko bro! Berkawan dgn org kedutaan ke? Hehehe

    ReplyDelete
  8. cuaca sgt panas malam ini
    kucing2 aku pun tak leh nak kusyuk tido.....panas ya amat..sepanas jiwa2 rakyat malaysia yang belum kebah dari demam pru13

    hebatnya perancangan Tuhan

    13 mei 2010 - berita Abuya meninggal menjadi tajuk utama dicelah2 kepanasan isu politik yg boleh saja mencetuskan pelbagai kemungkinan tidak baik

    3 tahun kemudian....

    13 mei 2013 Bonda Ummu Jah pula pulang ke tanah air disaat ada sebahagian rakyat yg nak sangat tengok negara ni huru-hara

    selamat pulang wahai Doktor Roh Ummah!

    dan pokcik dayan bertugas sebagai medical assistance kepada Doktor Roh Ummah tadi..ok tak?

    ReplyDelete
  9. Betul2...dripada menyusahkan diri sendiri...duk tunggu kt klia tu wt apa...lebih baik balik lyan tv...huhu

    ReplyDelete
  10. From Janggut Perang(Brown Not War)-
    Hah..inikah yg diorg maksudkan kemenangan besar 13Mei?..kalau ini la yg dimaksudkan,aku rase puak2 "pejabat agama bersongkok hitam bertali leher" xpayah la nak "lebih kuah dari mangkok"..sebab nanti rakyat pikir korg yang mangkok..ape tak mangkoknye,Kerajaan Arab Saudi pon tak pancung Ummu Jah(Kalau sesat dah kena pancung beb!),ape lagi korg nak meroyan??Baik pegi join PERHIMPUNAN HITAM "ANU WAR",dengar ape dia meroyan mcm monyet lagi bagus!...Aku dah kata,kan Abuya penah cakap dulu "ANWAR IBRAHIM TAK AKAN JADI PERDANA MENTERI WALAU SATU HARI"..ehhh tak faham2 bahase la org tua ni!...

    Kpd Ummu Jah,saya(tukar bahasa baik sikit,sebab tgh post khas utk org baik) doakan anda kuat untuk lalui semua ini."KEBENARA ITU SATU,TIDAK DUA,TIDAK TIGA DAN TIDAK SETERUSNYA"(Saya copy sajak Abuya,terbaca dalam buku)...Katakan saja walau pelik,luahkan saja walau sukar,,,Kami anak muda Malaysia dahaga suasana ISLAM mcm zaman ARQAM dahulu!..Tunjukkan ruang untuk kami bersama2 anda,kalau tidak dalam perjuagan sekalipun,moga2 dgn berkat Abuya,kami jadi rakyat yang baik dan kembali kepada AGAMA KAMI!

    Kpd Dayan Dayak,jumpa lu di KLIA!..Janggut Perang ada disekitar anda insyaAllah=)

    ReplyDelete
  11. Kami pun nk jd pmerhati bro dayan dr juh jgkla..hehhee..

    ReplyDelete
  12. Semoga berita dari Pakcik Dayan tepat..dan didoakn Bonda Wasilah selamat tiba..berita gembira utk rakyat Malaysia..Doktor ROH akn tiba utk mengubat hati-hati rakyat Malaysia yg parah..

    ReplyDelete
  13. Iyeke......DD ni spesel lah, jap bhs cam remaje jap lg cam dah dewasa matang & macho....gitu

    ReplyDelete
  14. Slm pakcik dayan hensem..pakcik yg BOTAK tu kan?hehehe kite nmpak pakcik kat airport haritu.. :p.
    -suadrif-

    ReplyDelete
  15. Trima kasih kerna mengucap slamat kembali k Msia pd u jah! Trima kasih jua kerna mmuji gisb sbagai s buah syarikat perniagaan yg berjaya! Saya kembalikan sgalanya pd Allah yg memberi & RSA yg bekerja keras utk semua ini!kita semua mana ada kuasa apa2 kalau bukan olih kasih sayang Allah & RasulNya!kita hamba

    ReplyDelete
  16. Selamat dan sejahterakanlah Bonda Ummu Jah AR dlm perlindungan dan keselamatan dr-MU Tuhan dan org2Mu.

    ReplyDelete
  17. ALHAMDULILLAH...SELAMAT PULANG KE TANAH BERTUAH BUMI MALAYSIA TAPAK KEBANGKITAN ISLAM AIR ZAMAN..INSYAALLAH KEPULANGAN SEMUA AHLI GISB HARAMAIN KE MALAYSIA ISLAM DI MALAYSIA AKAN LEBIH GEMILANG DAN TERBILANG. ELOK PM NAJIB LANTIK UMMU JAH SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI GANTI MASHITAH IBRAHIM TU HE..HE...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. Sbb tu hati-hati lah menulis sebab kita semua akan berdepan dengan catetan amal kita juga diakhirat. Wa tawa shaubil haq wa tawa shaubish shabr.

    Mubaligh Dhua'afa

    ReplyDelete
  19. ahlanwasahlan.... bonda semoga selamat tiba dan lihatlah betapa berwibawanya bonda wasilah ini, kami akan tetap bersama menanti dan berjuang demi janji TUHAN dan NABI.... islam akan kembali gemilang!!!

    ReplyDelete
  20. SURAT UNTUK MALAYSIA

    http://abuyaghaib.wordpress.com/2010/09/03/surat-untuk-malaysia/      

    Assalamualaikum Malaysia,

    Bagaimana keadaanmu sekarang setelah kepergian Abuya ke negara seberang?
    Selama ini engkau cukup kuat dan hebat karena Putra Bani Tamim (PBT) bersamamu! Engkau menjadi negara Islam kebanggan dunia sehingga dilantik menjadi ketua OIC. Padahal bukan mudah untuk negara-negara Arab itu menerima negara ‘ajam’ sebagai rujukan. Faktor yang sebenarnya adalah karena engkau adalah lokasi utama dimana akan terjadinya jadwal Allah buat dunia akhir zaman. Pemimpin yang akan menjayakan jadwal Allah itu, Allah lahirkan di bumimu, Malaysia. Untuk itu Allah pindahkan roh Ka’bah ke Malaysia, untuk dipakaikan kepada roh PBT, pemimpin paling ajaib di zamannya. Bersama Ka’bah Rohaniah yang menjadi power umat Islam sebenarnya itulah maka kamu Malaysia telah mendapat kebesaran-kebesaran itu.

    Tapi, kini rohmu tiada karena telah dikembalikan ke Ka’bah di Mekah. Disanalah semua Nabi-Nabi menciptakan sejarah kegemilangan Islam, bersama Power Ka’bah, untuk zaman masing-masing. Tanpa Power Ka’bah, Power al Quran dan Power Pemimpin kebenaran yang bergabung, tak mungkin mereka mampu menguasai zaman Jahiliyah yang bertaraf imperium di zaman nya.

    Malaysia, engkau sedang lemah bukan? Melihatmu dari bumi Haramain ini, aku melihat kelemahan yang bertimpa-timpa keatasmu. Banyaknya masalah-masalah yang tidak selesai. Musuh-musuhmu bermacam jenis dan aku melihat semuanya hampir menguasaimu. Engkau seperti buntu, bingung, tiada upaya dan penuh kekecewaan.

    Oh Malaysia,
    Sekiranya kamu mau berunding dengan Abuya, menerima pandangannya dan mengakui kehadirannya di negara mu, itu sajalah lagi satu-satunya jalan selamat untukmu. Percayalah wahai Malaysia! Bahwa bermusuh dengan Abuya dan jemaahnya itulah sebab utama nasibmu menjadi semalang ini. Sebab-sebab lain adalah sekunder dan bukan penentu sebenarnya. Jika engkau tak mampu mempercayai hakikat ini, berfikirlah begini wahai Malaysia.
    Sudah banyak sekali usaha-usaha untuk ‘mengkerandakan’ jemaah dan kepimpinan Abuya dibuat. Tapi engkau gagal semuanya. Abuya kini kelihatan lebih berwibawa daripada sebelumnya. Engkau telah memberi pupuk pada perjuangannya dengan sebab bermusuh dengannya bukan? Kalau begitu mengapa tidak berbaik-baik saja dengannya. Jangan-jangan ia akan menguntungkanmu Malaysia?

    ReplyDelete
  21. Sungguh saya usulkan disini kepada penguasa dan penjaga atau kepada negara Malaysia semuanya, agar menukar dasar memusuhi Abuya kepada dasar baru, yakni berbaik-baik dengan Abuya. Insya Allah sekiranya kamu bijak, yakni menerima usulan ini, kamu akan beruntung besar. Semua yang kamu idamkan akan tercapai buat bangsa, negara, keluarga dan diri masing-masing. Namun sekiranya kamu menolaknya, karena memilih untuk bermusuh dengan Islam lagi, takut kalau Islam akan merampas segalanya darimu, maka ketahuilah bahwa janji Allah itu pasti berlaku dan kamu akan jatuh cukup terhina. Mengapa? Karena Power Ka’bah sedang memakan kekuasaanmu. Ya, Power Ka’bah dan bukan power-power lain yang engkau sangkakan. Power ini telah terbukti mampu menjatuhkan kekuasaan Rom dan Parsi untuk memenangkan Islam. Power ini sifatnya maknawi, ada di dalam diri pejuang-pejuang kebenaran. Ia tidak dapat dilihat tetapi kesan adanya dapat dilihat. Karena Allah akan menggunakan kuasaNya untuk membela manusia-manusia power itu. Nabi akhir zaman akan membela. Ka’bah ikut membela. Belum pernah siapa pun dapat mengalahkan kekuatan ini, Malaysiaku. Di semua zaman kedatangannya, ada saja musuh. namun semua musuhnya hancur dan kalah belaka. Apa engkau mengira mampu menjadi Hero untuk mengalahkan power ini? Memecahkan rekod yang tak pernah ada selama ini? Jangan, jangan, janganlah wahai bangsaku. Engkau terlalu kecil untuk berpikir begitu, Malaysia. Apa hebatnyalah yang telah kau buat untuk merasa engkau begitu besarnya?
    Mengapa tidak mengambil keputusan untuk mengalah dan menyerah kepada Allah dan orang-orang Allah? Apa ruginya kalau mengalah dengan Allah? Tidakkah Allah akan membalasi dengan kebaikan yang sebesar-besarnya? Sedangkan melawan Allah, kamu akan hancur sehancur-hancurnya.

    Malaysia, indahnya negaraku tercinta. Jika sejarahmu tercatat begini :
    Bahwa kerajaan Malaysia akhirnya sesudah kalah perang dingin dengan Abuya, memilih jalan damai dengan PBT. Mereka sanggup mengalah dan menyerah kekuasaan kepada Abuya SZ. Untuk selamatkan Malaysia dengan Islam. Padahal Malaysia itu sebenarnya adalah kepunyaan PBT. Mereka sedaya upaya merampasnya tetapi telah gagal. Maka akhirnya, pulanglah sirih ke gagangnya. Kembalilah belut ke lubuknya dan tersarunglah cincin ke jarinya.

    Malaysiaku..
    Sabarlah sedikit lagi untuk menyaksikan peristiwa engkau dikembalikan kepada tuanmu kembali. Abuya, Ruhul Muqaddasah yang telah mengghaibkan jasadnya ke alam ghaib untuk membuktikan kepada kaumnya bahwa dia adalah makhluk mewakili Allah dan Rasul kepada mereka. Dia bukan seperti yang dikata. Dia ialah Ka’bah Rohaniah yang digerakkan ke Malaysia agar Malaysia dapat menjadi negara tapak bagi imperium Islam. Wibawanya Malaysia selama ini dibandingkan negara-negara Asia lainnya adalah karena faktor ini. Kalau bukan oleh faktor ini, Malaysia tak akan jauh bedanya dengan Thailand dan Indonesia saja rupanya.
    Janganlah ada orang yang menyatakan ada faktor lain, kerana faktor-faktor lain itu pun sebenarnya nampaknya sudah tiada wibawanya dibanding Abuya.

    Sekian,
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. http://kekoh.blogspot.com/2011/08/surat-seorang-remaja-kepada-perdana.html?m=1

    Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

    DASAR

    Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

    Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

    Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

    Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

    Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

    Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

    PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

    Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

    ReplyDelete
  23. Konspirasi Terancang Menawan Malaysia

    http://saint-guerre.blogspot.com/2013/03/wake-up-project-konspirasi-terancang.html?m=1

    Senarai rancangan besar ISREAL/DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali (bekas Setiausaha DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP) adalah seperti berikut:

    1. Kristian Agama Rasmi.
    2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.
    3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
    4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.
    5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
    6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.
    7. NGO Melayu akan dihapuskan. contoh PEKIDA & PERKASA.
    8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).
    9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
    10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
    11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
    12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
    13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
    14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
    15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
    16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
    17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
    18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
    19. Kedutaan Israel akan dibuka.
    20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
    21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.
    22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu di bawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
    23. DEB akan dimansuhkan.
    24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.
    25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.

    Fikir-fikirkanlah sendiri dan buatlah tindakan yang perlu demi Agama, Bangsa dan Negara. Masa depan ISLAM, negara dan anak cucu kita terletak di tangan kita semua.

    Untuk mendengar dengan lebih lanjut sila klik

    p/s: sila ketepikan fahaman politik (walaupun ianya pos politik) baca dan dengar serta buatlah penilaian sendiri, kerana kewujudan "the hidden hand" memang ada. Adakah ianya juga bersangkutan dengan insiden Lahad Datu?
    seigneur de la guerre

    ReplyDelete
  24. Kat sini bukan tempat nak menghentam BN dan GISB, aku just NGO utk diri aku sendiri, aku tengok BN lebih baik dari parti lain, dan aku tengok GISB lebih baik dari parti-parti atau jemaah-jemaah atau kumpulan-kumpulan yang sedia ada dimuka bumi ini, aku dah lihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri, baik dinegara sendiri atau dioversea, GISB lah yang terbaik namun rekod pada kebanyakkan mata manusia yang tak tahu menilai GISB lah yang terburuk. Macam tu jugalah dengan BN, sebab aku pernah duduk dalam PAS dan PKR (terselit sekali DAP) lah aku berani cuba UMNO/BN pula, aku tengok judi, arak zina ada juga dalam team PKR, jadi tak haram pun aku cuba tukar selera ke BN pada satu masa tu. Kan aku dah kata aku NGO untuk diri sendiri, jadi aku bebas nak try dekati GISB pula setelah aku bergaul dengan dunia Tabligh dan jemaah tarikat Naqsyabandiah, mereka ni ok je berbanding GISB yang 'up banyak ok nya' sebab dia dah buat hampir kesemuanya dan sangat sesuai dengan peredaran zaman moden ni, kalau GISB lah memerintah serius aku cakap, memang perfect la Kerajaan Malaysia malah Ketua Kerajaan Dunia. Aku bukan cakap kosong dan nak bagi GISB berbunga-bunga hati mereka, namun itulah selayaknya yang patut dibayar kepada GISB yang berjuang berpuluhan tahun itu, diuji dan terseksa diperingkat nasional malah dah international pun ujian yang GISB hadapi. Maka ku amat yakin GISB lah selayaknya memimpin aku yang tersesat jalan selama ini. Dan terima kasih aku ucapkan untuk calon BN dun kuang bernama YB SYUKUR yang dah menang, Syukur Alhamdulillah, terima kasih kerana jaga anak yatim, orang miskin, janda-janda dan orang yang memerlukan khidmat Yb Syukur dalan dun tu, Yb Syukur dah hebat dan bertambah hebat jika Yb belajar dari Ahli GISB, kalau Yb masuk GISB lagilah, aku rasa islam terus kafir-kafir kat dun kuang dan jadi perkampungan baru islam terus, nanti mana la tahu aku jadi driver Yb ke, tukang jaga pejabat free tanpa bayaran pun aku sanggup, . Amin InsyaAllah. Ingat, Allah Maha Berkuasa, Kuasanya tidak ada tandingan. Ok Bro Dayan, aku rasa ko tengah fikir-fikir apa aku cakap, ala biasa la, ko bercakap pun lepas tu aku berfikir-fikir, hihihi. Ok Bro dan semua ummat islam yang mahukan islam, sambutlah tangan aku sama-sama kita menjadi penyokong kerajaan BN dan mendokong perjuangan jemaah GISB membentuk kerajaan baru Malaysia. Ampun maaf yer semua. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  25. Moga kepulangan Ummu Jah akan menjadi asbab kepada pengimarahan aktiviti2 Al-Arqam yang terbantut sekian lama dan kemudiannya menolong membantu kepada menjadikan Tanah Melayu sebagai Pusat kepada Khilafah Akhir Zaman yang akan bertapak di sini yakni Khilafah Nusantara Melayu, amiin..amiin...amin.. birohmatika Ya Arhamarohimin.

    Pls; Berikan ruang untuk Ummu Jah menziarahi maqam Abuya rahimahuLlah sebaik2 sahaja beliau sampai ke Tanah Melayu

    ReplyDelete
  26. : Bunda Wasilah Ummu Jah telah selesai disoal siasat oleh pegawai JAIS pd jam 8.15 mlm setelah dibawa terus dr KLIA sebaik tiba pd jam 11 30 pagi.soal siasat dlm suasana mesra dn positif..

    ReplyDelete
  27. Terharu baca semua komen2... Ya Allah berilah kami hati yg cintakan islam sedalam2nya...

    ReplyDelete
  28. Betoi la NGOK kata kena "tahan", "diusir", kesalahan menyebarkan ajaran sesat, sdgkan Kerajaan Arab Saudi, tempat Nabi dilahirkan dan di maqamkan pun dah 'beri pengampunan'...kalau tidak DAH kena PANCUNG beb...bongok tak faham...jais memang ngok..BH pun lagi ngok..nak lakukan suratkhabar..penyebar berita dusta..tunggulah balasan Tuhan kpd penulis2 berita yg salah ni..baguih DD yg tak NGOK...mahap la..

    ReplyDelete

SILAKAN KOMEN